Selasa, 4 November 2008
Percubaan Pertama
4 November 2008
Tepat pukul 12.00 pagi (lebih kurang selepas study tentang congenital heart disease), tiba2 datang mood untuk mencuba membuat laman blog sendiri. Inilah percubaan pertama saya dalam meneroka dunia teknologi. Mungkin masih banyak kelemahan dan kekurangan, tetapi yang saya pasti, ada misi yang lebih besar kenapa saya mencuba untuk membuat laman blog ini.
Dalam keadaan yang masih terkial2 ni, saya masih memikirkan tentang apakah isi, cerita ataupun bicara yang ingin saya persembah dan perkongsukan dalam blog saya ini. Dalam keributan dunia dilanda pelbagai masalah konspirasi ekonomi, peperangan, kerosakan sosial yang haprak dan ditambah dengan kekusutan politik yang terancam, begitulah juga dengan kekusutan yang berada di minda saya kala ini. Seperti awal tadi, dek kerana misi besar ini lah yang memperkuatkan azam saya untuk menghidupkan laman blog saya sendiri.
Inilah langkah pertama saya...
Atas nilai kepentingan untuk mempertingkatkan diri, berkongsi ilmu serta sebagai medan dakwah dan tarbiyah, blog ini tercipta. Langkah pertama inilah yang bakal menjadi medan untuk saya memvariasikan aktiviti dakwah dan tarbiyah agar tidak 'jumud' dan sempit, terperuk dengan hanya melalui beberapa jalan sahaja. Mudah2an langkah pertama ini tidak akan terhenti dan seterusnya terus dan terus melangkah hingga aliran nafas ini terhenti dari peparu saya. Insyaallah.
Diharap, ada rakan2 yang akan terus membantu saya dalam langkah pertama saya ini..
"Tarbiyah bukan segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan