Isnin, 10 November 2008

Ekspidisi Lukut


Lokasi: Perairan laut Lukut-Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: Khamis, 3 Julai 2008
Jumlah perbelanjaan: RM 310
Umpan: udang hidup, udang dan sotong

Catatan

Tanggal 3 Julai 2008 yang jatuh pada hari Khamis, saya bersama rakan- rakan pancing saya sepakat untuk memilih Lukut sebagai destinasi pancing kami pada kali ini. Ianya juga adalah bagi memenuhi tuntutan aktiviti kokurikulum universiti kami ataupun lebih dikenali dengan aktiviti elektif. Selepas daripada beberapa misi sebelum ini, kami memilih untuk memancing di kawasan persisiran pantai Lukut bagi mewujudkan variasi dalam ekspidisi kami pada kali ini (misi sebelum ini kami telah meneroka laut dalam di Kudat, kelong di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam dan kolam pancing di Angler’s Lounge, Sungai Buah).

Segala persiapan telah kami persiapkan pada hari sebelumnya, baik daripada persediaan umpan, joran, peti ais dan segala kelengkapan yang diperlukan. Justeru, pada awal-awal pagi lagi kami sudah bangun bagi membuat pemeriksaan kelengkapan buat kali yang terakhir. Pada pukul 8.30 pagi, setelah mengalas perut dengan sekeping roti canai dan secawan teh panas, kami mula bergerak ke Lukut dari pekan Dengkil. Perjalanan yang memakan hampir sejam itu amat mengujakan kami kerana sudah hampir sebulan kami tidak pergi memancing ke mana-mana kerana dek kesibukan bagi menghadapi ‘professional exam’ yang menjadi pra syarat untuk kami melangkah ke tahun ke-3 dalam bidang perubatan.

Setelah lama memandu, akhirnya kami tiba ke destinasi. Kedatangan kami disambut dengan sekumpulan kera yang memang menjadi penghuni rasmi di jeti Lukut itu. Kemudian, kami terus mengangkat segala peralatan yang di bawa ke bot yang telah disewa manakala Burg (bendahari dan perunding Angler’s CUCMS) pergi menguruskan bayaran sewa bot dan umpan udang hidup yang boleh di dapati daripada pengurus Ma Mode Kelong cawangan Lukut iaitu encik Rosli. Nasib kami juga bertuah pada hari itu kerana encik Rosli meminjamkan kami dengan alat pengesan sonarnya (fishfinder). Biasanya sebanyak RM 20 akan dikenakan kepada pemancing- pemancing yang ingin menyewa alat tersebut.

Setelah segala urusan selesai, kami memulakan perjalanan merentasi perairan Lukut bagi mencari lubuk ikan di sana. Sebagai sesi pemanas, kami menghentikan bot kami setelah 15 minit memulakan perjalanan. Jarak perjalanan dari dianggarkan lebih kurang 2 kilometer. Aktiviti pemanas badan itu agak meriah kerana pelbagai jenis ikan menggugah joran kami. Ikan pari, timun, gelama dan grout menghiasi hasil tangkapan kami.

Setelah semua berpuas hati dan hasil tangkapan mulai menurun, kami meneruskan perjalanan. Pada masa yang sama, kami dapati cuaca begitu mencemburui aktiviti memancing kami ketika itu kerana mengikut anggaran kami hujan akan turun tidak lama lagi. Setelah 20 minit berjalan, kami berhenti lagi. Kali ini jaraknya lebih jauh dari persisir pantai dan kedalaman laut adalah lebih kurang 50-60 kaki. Kami bersyukur kepada Tuhan, sekali lagi, tangkapan kami pada ketika itu cukup memberansangkan. Pelbagai jenis ikan singgah pada batang joran kami. Paling memberansangkan 2,3 ekor senangin menghiasi tangkapan kami pula pada kali ini. Lebih kurang sejam kami memancing di situ, cuaca mula berubah. Hujan mula turun dan laut mula bergelora. Mengikut bacaan ‘fishfinder’, arus di dasar laut agak kuat. Jadi kami menjangkakan, tangkapan ikan selepas ini pasti akan berkurangan, tidak seperti awal-awal tadi.

Setelah hasil tangkapan mulai berkurang kembali, kami memutuskan untuk bergerak ke kawasan batu karang (berhampiran dengan kawasan pulau). Hujan masih lagi turun dengan lebat dan laut semakin bergelora, namun ia tidak menggugah hasrat kami untuk terus memancing ketika itu. Bacaan pada “fish finder” menunjukkan ada sekumpulan ikan di kawasan itu tetapi hanya seekor ikan timun yang singgah di joran kami. Seperti yang dijangkakan awal-awal tadi, keadaan cuaca ini memang tidak memihak kepada kami dan jumlah tangkapan ikan begitu menghampakan.Kerana hampa dengan situasi tersebut, kami memutuskan untuk singgah di bandar Port Dickson untuk rehat, solat dan membeli sedikit makanan untuk sekadar mengalas perut. Pada pukul 4, setelah lebih kurang 45 minit kami singgah di sana, kami mula meninggalkan Bandar Port Dickson dan menyambung aktiviti kami.

Ketika itu, hujan sudah mula berhenti dan laut tidak lagi hebat bergelora seperti sebelumnya. Namun, tangkapan kami pada petang itu masih lagi menghampakan. Tidak banyak ikan singgah pada umpan kami. Mungin arus di dasar laut yang begitu kuat merencatkan jumlah tangkapan kami petang itu. Setelah hampir sejam setengah keadaan ini berlansung, kami memutuskan untuk mengakhiri ekdpidisi ini dengan memancing di muara.

Di muara, tangkapan juga tidak begitu memberansangkan. Hanya seekor dua ikan tersangkut pada mata kail kami seperti sembilang, belut dan juga gelama. Walau apa pun, kami tetap berpuas hati kerana pada ekspedisi kami kali ini, senagin yang sangkut pada mata kail kami pada ekspidisi kali ini agak besar.apabila hari mula merangkak senja, kami pun pulang ke jeti. Dengan keadaan laut dan cuaca yang tidak begitu baik, hasil tangkapan kami pada kali ini bolehlah dianggap memberansangkan.

Pada ekspedisi kali ini, kami telah berjaya menyempurnakan satu lagi misi memancing yang berbeza iaitu dengan memancing di kawasan persisir pantai dan muara. Banyak pengalaman telah ditimba dari ekspedisi ini. Jadi, kami berharap pada ekspedisi kami akan datang, iaitu di Sedili, Johor akan memberikan satu lagi memori pancing yang indah serta menghasilkan lebih banyak hasil tangkapan.








Jumaat, 7 November 2008

Dendam Yahudi


Yahudi adalah musuh bebuyutan para Rasul. Allah telah menceritakannya pada beberapa surah dalam tentang sejarah hitamnya dalam mendustakan ayat- ayat Allah dan perbuatan mereka membunuh para nabi dan rasul. Maka Allah menimpakan kepada mereka kehinaan dan kerendahan, dan memang sudah sepantasnyalah mereka mendapat kemurkaan Allah.

"Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mendustakan ayat- ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas." (Al- Baqarah: 61)

Bahkan permusuhan mereka terhadap islam semakin gencar. tercatat beberapa kali mereka melakukan percobaan pembunuhan terhadap diri Rasulullah s.a.w. Diantaranya adalah percobaan yang dilakukan oleh Zainab binti Haris, wanita Yahudi, karena saudara dan suaminya, Marhab dan Salam bin Musykim, terbunuh dalamm Perang Khaibar. Ia menyimpan dendam hendak membunuh dua orang dari kaum muslimin dengan meracuni makanan mereka.

Zainab memulai operasinya dengan menemui Shafiyah, bibi Rasulullah s.a.w. Ia rayu dengan segenap tipu daya hingga merasa yakin. Setelah itu Zainab bermaksud memberi hadiah kambing bakar yang telah dilumur racun di bahagian lengannya, bahagian yang paling disukai Rasulullah s.a.w.

Ketika Shafiyyah menyuguhkan kambing itu kepada Rasulullah dan sahabatnya, salah seorang di antara mereka mulai mencicipi. Ia adalah Bisyr bin Barra'. Setelah diketahui bahawa lengan kambing itu beracun, maka Rasulullah menghentikan jamuan makan itu.

Bisyr bin barra' berkata,"Demi dzat yang memuliakan engkau, aku telah mendapatkan racun pada daging yang aku makan. Tidak ada yang menghalangiku untuk mengatakannya kecuali penghormatanku kepadamu. Maka ternyata engkau pun memuntahkan apa yang ada di mulutmu, dan tidaklah layak bagiku untuk lebih mencintai diriku daripada dirimu."

Akhirnya Bisyr meninggal, dan wanita Yahudi itu mengakui perbuatannya. Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya sebagai qishash.

Sejak Rasulullah diutus, mereka tahu bahawa beliau bukan dari golongannya. Yahudi pun menyimpan dendam kepada Rasul dan kepada agama yang di bawanya. Tak henti- hentinya mereka mengadakan konspirasi untuk menghabisi Islam dan pengikutnya. Semenjak Perang Khaibar hingga tahun 1967, mata rantai dendam terus- menerus bersambung tiada terputus.

Ketika kekuatan Israel memasuki Al-Quds pada tahun 1967, tentera yahudi berkumpul di sekitar "dinding ratapan" bersama Mose Dayan (sang komandan), mereka kumandangkan yel- yel,

Hari ini balasan atas hari Khaibar Wahai sisa- sisa kepedihan Khaibar Agama Muhammad telah berlalu pergi Muhammad mati di belakang gadis- gadis

Permusuhan terhadap orang- orang Arab bukan kerana kearaban mereka tetapi keran aagama mereka Islam. Ini dibuktikan oleh beberapa peristiwa akhir- akhir ini di Lubnan. Yahudi dengan tenteranya menyerang kaum muslimin di khemah- khemah, di desa- desa sebelah selatan dan utara Lubnan. Mereka juga bersekongkol dengan Druz dan kelompok kebatinan untuk menyerang kaum muslimin di Beirut Barat.

Menachem begin berteriak kepada kaumnya," Kalian semua hai orang- orang Israel, jangan ada rasa kasih sayang hingga kalian habiskan musuh- musuh kalian. Tidak ada basa- basi bela sungkawa hingga kita tuntas membumihanguskan apa yang dinamakan Islam, dan kita bangun di atas puing- puing peradabannya, peradaban kita."

Ben Gorion, mantan Perdana Menteri Israelberkata, " Sesungguhnya yang paling menakutkan kami adalah jika muncul di dunia arab, Muhammad baru."

Semenjak diutusnya rasulullah, Yahudi senantiasa memerangi Islam dan para pengikutnya. Hal ini terjadi kerana adanya suatu keyakinan bahawa tidak ada satu agama pun di dunia ini yang dapat mengungkap kejahatan, pengkhianatan, dan moral mereka selain Islam. Kerana Islam masih menjaga orisinalitasnya di dalam kitab suci Al- Quran.

Rujukan: 'Rambu- rambu Tarbiyah (Dalam Sirah Nabi) oleh Abdul Hamid Jasim Al- Bilaly'

" Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan mereka.."


Rabu, 5 November 2008

Nilai Seorang Anak Istimewa


2 November 2008 (Ahad)

Waktu itu, saya ada terdengar2 seorang kanak2 istimewa telah dimasukkan ke dalam Hospital serdang. Pada masa itu saya buat endah tak endah saje.. Tapi ada detik di hati yang membisik untuk mengajak saya melihat anak kurniaan ALLAH itu yang menghidapi 'Down Syndrome', sejenis kecacatan dari lahir yang membantutkan minda jika dibandingkan dengan anak2 normal yang lain.

3 November 2008 (Isnin)

Pada pagi itu, saya tiba awal di Hospital Serdang; bukan apa, bila datang awal boleh lah saya 'clerk' beberapa orang pesakit kecil yang dapat meningkatkan pemahaman saya kepada pelbagai penyakit. Pagi itu jugalah saya terlupa tentang kewujudan seorang anak istimewa ini sehinggalah saya menyertai 'ward round' yang menjadi rutin di mana2 hospital di Malaysia. Tatkala saya terpandangkan anak itu terbaring manja diatas katil yang di sediakan, hati saya mula terusik dan minda saya mula bekerja. Wajahnya putih dan bersih, pipinya gebu dan kelihatan sangat comel sekali. Anak istimewa itu sangat asyik bermain dengan kakinya sehingga sekali sekali mengilas pandangan kepada kami (pelajar perubatan CUCMS) sambil melirik senyuman yang sangat istimewa. Berdekatan dengan anak itu adalah ibunya yang sentiasa tersenyum, tidak terpancar sebarang rona2 penyesalan atau kesedihan kerana memiliki anak yang istimewa itu. Hati saya mula terdetik, betapa tabahnya hati ibu ini.

Sewaktu rombongan 'ward round' beralih ke katil yang lain, saya mengambil kesempatan untuk bermain seketika dengan anak istimewa itu sambil mengenali ibu yang tabah itu. Saya sempat bertanya, "apa perancangan akak terhadap baby amin ni?". Dengan senyuman menghiasi diwajahnya dia menerangkan tentang perancangannya terhadap anak istimewanya itu dan di akhir bicaranya itu dia sempat menoktahkan bicaranya dengan," akak akan sentiasa berusaha untuk membesarkan amin ini dengan sebaik yang mungkin dan semuanya itu sebenarnya perlu berbalik pada ALLAH, doa itu lah yang sebenarnya yang penting". Ya..inilah ibu yang tabah, sentiasa optimis tanpa lupa untuk memanjatkan pergantungan kepada ALLAH. Kata2 itulah yang telah menggegarkan hati saya, menggesa jasad dan nurani ini untuk turut sama optimis dan bergantung kepada yang Esa dalam setiap aspek kehidupan. Tak sangka perjumpaan dengan ibu dan anak istimewa ini telah banyak memotivasikan saya dalam untuk menjadi insan yang berguna. Bertuah sungguh anak istimewa ini kerana memiliki ibu yang sangat cekal. Mudah2an ALLAH mengkabulkan dan memberkati segala usaha, daya dan tenaga yang digunakan untuk membesarkan Muhammad Amin, anak istimewa yang banyak memberi inspirasi kepada saya.
Wallahua'lam.

" Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, kedua orang tuanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi" (H. R. Bukhari)

Selasa, 4 November 2008

Percubaan Pertama



4 November 2008

Tepat pukul 12.00 pagi (lebih kurang selepas study tentang congenital heart disease), tiba2 datang mood untuk mencuba membuat laman blog sendiri. Inilah percubaan pertama saya dalam meneroka dunia teknologi. Mungkin masih banyak kelemahan dan kekurangan, tetapi yang saya pasti, ada misi yang lebih besar kenapa saya mencuba untuk membuat laman blog ini.

Dalam keadaan yang masih terkial2 ni, saya masih memikirkan tentang apakah isi, cerita ataupun bicara yang ingin saya persembah dan perkongsukan dalam blog saya ini. Dalam keributan dunia dilanda pelbagai masalah konspirasi ekonomi, peperangan, kerosakan sosial yang haprak dan ditambah dengan kekusutan politik yang terancam, begitulah juga dengan kekusutan yang berada di minda saya kala ini. Seperti awal tadi, dek kerana misi besar ini lah yang memperkuatkan azam saya untuk menghidupkan laman blog saya sendiri.

Inilah langkah pertama saya...

Atas nilai kepentingan untuk mempertingkatkan diri, berkongsi ilmu serta sebagai medan dakwah dan tarbiyah, blog ini tercipta. Langkah pertama inilah yang bakal menjadi medan untuk saya memvariasikan aktiviti dakwah dan tarbiyah agar tidak 'jumud' dan sempit, terperuk dengan hanya melalui beberapa jalan sahaja. Mudah2an langkah pertama ini tidak akan terhenti dan seterusnya terus dan terus melangkah hingga aliran nafas ini terhenti dari peparu saya. Insyaallah.

Diharap, ada rakan2 yang akan terus membantu saya dalam langkah pertama saya ini..

"Tarbiyah bukan segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"