Rabu, 5 November 2008

Nilai Seorang Anak Istimewa


2 November 2008 (Ahad)

Waktu itu, saya ada terdengar2 seorang kanak2 istimewa telah dimasukkan ke dalam Hospital serdang. Pada masa itu saya buat endah tak endah saje.. Tapi ada detik di hati yang membisik untuk mengajak saya melihat anak kurniaan ALLAH itu yang menghidapi 'Down Syndrome', sejenis kecacatan dari lahir yang membantutkan minda jika dibandingkan dengan anak2 normal yang lain.

3 November 2008 (Isnin)

Pada pagi itu, saya tiba awal di Hospital Serdang; bukan apa, bila datang awal boleh lah saya 'clerk' beberapa orang pesakit kecil yang dapat meningkatkan pemahaman saya kepada pelbagai penyakit. Pagi itu jugalah saya terlupa tentang kewujudan seorang anak istimewa ini sehinggalah saya menyertai 'ward round' yang menjadi rutin di mana2 hospital di Malaysia. Tatkala saya terpandangkan anak itu terbaring manja diatas katil yang di sediakan, hati saya mula terusik dan minda saya mula bekerja. Wajahnya putih dan bersih, pipinya gebu dan kelihatan sangat comel sekali. Anak istimewa itu sangat asyik bermain dengan kakinya sehingga sekali sekali mengilas pandangan kepada kami (pelajar perubatan CUCMS) sambil melirik senyuman yang sangat istimewa. Berdekatan dengan anak itu adalah ibunya yang sentiasa tersenyum, tidak terpancar sebarang rona2 penyesalan atau kesedihan kerana memiliki anak yang istimewa itu. Hati saya mula terdetik, betapa tabahnya hati ibu ini.

Sewaktu rombongan 'ward round' beralih ke katil yang lain, saya mengambil kesempatan untuk bermain seketika dengan anak istimewa itu sambil mengenali ibu yang tabah itu. Saya sempat bertanya, "apa perancangan akak terhadap baby amin ni?". Dengan senyuman menghiasi diwajahnya dia menerangkan tentang perancangannya terhadap anak istimewanya itu dan di akhir bicaranya itu dia sempat menoktahkan bicaranya dengan," akak akan sentiasa berusaha untuk membesarkan amin ini dengan sebaik yang mungkin dan semuanya itu sebenarnya perlu berbalik pada ALLAH, doa itu lah yang sebenarnya yang penting". Ya..inilah ibu yang tabah, sentiasa optimis tanpa lupa untuk memanjatkan pergantungan kepada ALLAH. Kata2 itulah yang telah menggegarkan hati saya, menggesa jasad dan nurani ini untuk turut sama optimis dan bergantung kepada yang Esa dalam setiap aspek kehidupan. Tak sangka perjumpaan dengan ibu dan anak istimewa ini telah banyak memotivasikan saya dalam untuk menjadi insan yang berguna. Bertuah sungguh anak istimewa ini kerana memiliki ibu yang sangat cekal. Mudah2an ALLAH mengkabulkan dan memberkati segala usaha, daya dan tenaga yang digunakan untuk membesarkan Muhammad Amin, anak istimewa yang banyak memberi inspirasi kepada saya.
Wallahua'lam.

" Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, kedua orang tuanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi" (H. R. Bukhari)

1 ulasan:

ana muslim berkata...

salam...ana tertarik dgn ketabahan seorang ibu seperti ibu ank istimewa ini,amin...sesungguhnya utk menjadi seorg ibu yg penyabar n menerima segala ujian dgn redha bkn mdh kecuali mempunyai iman yg kukuh n sentiase mendekatkan diri dgn Allah.Sesungguhnya segale ujian yg Allah berikan adalah utk menguji kesabaran hamba2nye..pasti ade rahmat di sebalik dugaan2 itu..:)
gud lux..moga laman blog ini merupakan salah satu care utk berdakwah...moga cita2mu tercapai..ustaz..doktor..n..