Sibuk...sibuk..Sibuk...
Meniti hari- hari bergelar pelajar perubatan ini sangatlah memenatkan kerana hari- hari yang dilalui penuh diisi dengan aktiviti akademik yang tiada penghujung serta aplikasi medikal yang sering berubah menyoroti perkembangan zaman. Kadang kesibukan ini seringkali menjerat saya ke dalam berbagai pertembungan yang sangat menggusarkan. Satu contoh, hujung minggu saya sering berperang dengan konflik samada perlu dihabiskan dengan pelajari dan membuat revisi ilmu Tuhan atau menyertai aktiviti luar seperti gerak kerja PPIM, MERCY Malaysia dan aktiviti pelajar CUCMS. Tidak cukup dengan itu, saya juga sering dihimpit konflik untuk menghadiri Halaqat pada setiap hujung minggu, bersosial bersama teman atau memenuhi tuntutan dan tanggungjawab keluarga di Gombak. Saban hari, waktu saya dicungkil dengan kesibukan yang tiada penghujung!
Dalam hal ini, konflik yang saya hadapi ini sebenarnya adalah salah satu ujian dari Yang Maha Esa agar saya sentiasa dekat berdampingan dengan-Nya, merafa'kan pengharapan dan meleraikan kekusutan dalam mengatur aktiviti harian yang saban hari mengikis kesibukan saya.Bagi saya, kesibukan ini menjadikan saya lebih dekat dengan Tuhan yang menghadirkan kesibukan sebagai ujian kepada saya. Ujian- ujian ini sebenarnya menjadikan kita sentiasa menaburkan pengharapan kepada Allah dan seterusnya mencetuskan rasa ingat dan cinta akan Tuhan yang sentiasa disemai dan di pupuk dalam jiwa. Sebagai bicara mudah, ujian kesibukan ini sebenarnya menyemai rasa kebergantungan kita kepada Allah. Saya teringat kata seorang Pensyarah Kardiologi saya, Prof Latiff mengenai kehusyukan dalam ibadah. Sewaktu saya dan rakan bersama- sama di dalam sesi usrah 2nd batch yang dipimpin oleh Prof Latiff, beliau ada mencetuskan satu soalan yang berbunyi, " Antum sedar tak, waktu bilakah yang sebenarnya kita merasa amat khusyu' dalam beribadah?". Semua ahli usrah terdiam termasuk saya. Masing- masing kusut memikirkan jawapannya.Kemudian Prof latiff menyambung, "sebenarnya waktu yang paling khusyu' kita beribadah adalah tatkala kita mengharapkan sesuatu dari Allah atau ditimpakan ujian dari Allah. Cuba bezakan antara solat ketika lapang dengan solat ketika di musim peeperiksaan? Confirm solat ketika musim perperiksaan lebih khusyu' berbanding jika solat ketika lapang".
Sedari itu, saya mula sedar akan hakikat pergantungan dengan Allah. Sebab itulah Allah ada berfirman yang bermaksud,
" Adakah kamu dikira beriman selagimana kamu tidak diuji.."
Ya Allah, mulai saat ini, jadikan lah diri ku seorang yang tabah dengan ujian dan dugaan Mu. Jadikan daku seorang yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan pilihlah daku dikalangan hambaMu sedikit itu. Semoga segala ujian mu menjadikan daku seorang yang tidak sombong atas segala rahmat dan kasih Mu. Amin